Isnin, 30 November 2009

Majlis Makan Malam dan Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT (MAKEP)


Malam itu adalah malam aku…???? Malam sejuta makna di UMT

MAKEP 2009 telah diadakan pada 15hb.Novermber 2009 bersamaan hari ahad…ia diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu…MAKEP telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UMT 2009 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UMT.. Pengarah Program ialah saudari NorFadzelah Bt Mohd Zubir iaitu Exco Akademik Dan Pembangunan Insaniah MPP UMT…

Antara objektif Makan Malam & Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT ini adalah berdasarkan keprihatinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu terhadap perkembangan aktiviti badan-badan pelajar di Universiti Malaysia Terengganu dan justifikasi program ini akan memberikan pengiktirafan dan penganugerahan kepada kelab-kelab yang aktif dalam memberikan sumbangan kepada perkembangan jati diri dan modal insan mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu. Selain itu, beberapa anugerah juga disediakan bagi menghargai jasa mereka yang telah berbakti dalam memastikan kelab masing-masing dapat berfungsi sepenuhnya dalam mencapai objektif kelab masing-masing.

Antara ANUGERAH yang dIPERTANDINGKAN pada malam tersebut ialah:

  1. Piala Pusingan TNC
  2. Anugerah Kelab terbaik (Kebudayaan)
  3. Anugerah Kelab terbaik (Akademik)
  4. Anugerah Kelab terbaik (Sukan & badan beruniform)
  5. Anugerah Kelab terbaik (Sosial & eksekutif)
  6. Anugerah Program Terbaik (Akademik)
  7. Anugerah Program Terbaik (Sosial)
  8. Anugerah Piala Jasa Kelab (Penasihat/Penyelaras)
  9. Anugerah Presiden Terbaik
  10. Anugerah Timbalan/Naib Presiden Terbaik
  11. Anugerah Setiausaha Terbaik
  12. Anugerah Bendahari Terbaik
  13. Anugerah AJK/Exco Terbaik
  14. Anugerah Bintang Harapan (L)
  15. Anugerah Bintang Harapan (P)

Oppsss… mengapa aku kata malam itu malam itu malam aku kerana pada malam tersebut aku telah memenangi 2 kategori iaitu:

  1. Anugerah Timbalan Presiden Kelab terbaik- Kelab Penyayang
  2. Pertandingan Menulis Esei 1 Malaysia –tempat pertama ( under Kelab Penyayang)

Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi aku menang 2 kali pada malam tersebut, yela 2 kali naik atas pentas…bersalam dengan org besar di UMT ni … syukur x terkira.. yela dah nak sem akhir ni.. ni la kenangan yang x dpt dilupakan di UMT ni..

Terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa ku, Tn Hj Rafee Bin Jusoh selaku Penasihat kelab Penyayang, Barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi serta Exco dan secretariat Kelab Penyayang UMT 2009… terima kasih kerana bagi nasihat, sokongan moral dan membantu aku sepanjang aku berkhidmat sebagai Naib Presiden 2 Kelab Penyayng UMT… tanpa korang , siapalah aku di UMT…

Tak lupa juga terima kasih kepada kawan2 aku yang mengenali aku…kawan2 MPP UMT 2009… dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam MAKEP 2009…

Jasamu dikenang,……. bergambar dengan semua Barisan Kepimpinan Kelab Penyayang UMT 2009 dan penasihat Kelab ..Tn.Hj. rafee..

aku telah menang 2 kategori... esei 1 Malaysia dan Anugerah Timbalan Presiden kelab terbaik..
bersama dengan pemenang esei 1Malaysia- tempat pertama dan ketiga...
aku bersama dengan sekretariat aku- syarif mat desa.. berkongsi kegembiraan...
aku bersama dengan 2 org penting UMT- Dr. Razali ( Pegawai ketua Pusat Ko-Kurikulum) dan Tn. hj. Rafee... ( Ketua Pegawai Belia dan Sukan UMT) -mereka penasihat kelab penyayang..
bergambar dulu dengan budak SISPA- aku, hafiz, arda, n junior..
permandangan di Masjid Kristal, taman Tamadun Islam Kuala terengganu..
aku bersama dengan Wakil Pelajar(MPP)- rodiah, hafiz, aku dan shafwan...
berposing dulu sebelum nak terima anugerah...

Tiada ulasan:

Catat Komen