Isnin, 30 November 2009

Bengkel Kerjaya FST 2009

gmbr kami pelajar Fizik tahun 3 seramai 11 orang sebelum bergerak g Bengkel.. di FST


Bengkel ini dijalankan pada 12-14hb.11 2009 di Sutra Beach Resort, Setiu. Ia telah dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi UMT dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMT. Pada sessi pertama ini terdapat 3 jabatan yang menghadiri bengkel ini, 3 jabatan tersebut ialah Jabatan Sains Komputer, Jabatan Sains Kejuruteraan dan Jabatan Sains Fizik di bawah seliaan Fakulti Sains Dan Teknologi UMT. Bengkel ini hanya dihadiri khas untuk pelajar tahun akhir FST sahaja yang bakal bergraduat pada tahun hadapan…Jabatan Kimia dan BIologi akan pergi pada hari yang berikutnya….

Pelbagai objektif dan matlamat bengkel kerjaya ini dianjurkan, antaranya ialah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dan berkerjaya pada masa akan datang untuk bersaing dengan ribuan graduan yang bakal keluar di luar sana…

Antara modul yang ditekan dan diajar pada bengkel ini ialah:

  • Kaedah untuk mengenali potensi diri (bakat, nilai, minat dan keupayaan diri) dan citra diri
  • Teknik berkomunikasi intrapersonal dan interpersonal dalam pergaulan dan semasa temuduga
  • Membuat perubahan fikiran dalam usaha mengubah perlakuan
  • Menggunakan kekuatan minda ( affirmasi dan visualisasi) dalam menghadapi suasana temuduga
  • Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan akademik
  • Menyediakan resume bagi siswazah ( belum berpengalaman)
  • Persediaan menghadapi temuduga
  • Mengahadapi temuduga secara individu dan berkumpulan
  • Menyediakan diri untuk menghadapi alam pekerjaan

Diharapkan kepada semua peserta yang hadir pada bengkel tersebut dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari apabila keluar dari kampus nanti… walaupun pada bengkel tersebut terdapat insisden yang tidak diingini , tetapi kami semua dapat hadapi dengan tenang segala kekurangan dan kelemahan yang timbul..kerana bagi kami sekarang di depan mata itu hanya sedikit cabaran dan dugaan.. belum lagi di luar sana pelbagai cabaran besar yang tidak diketahui oleh kita…

semoga anda semua Berjaya kelak…. Salam perpaduan dari wan fizik…


bergambar dengan para penceramah benhkel kerjaya FST.. yg depan sebelah kanan sekali gmbr saya tau.. bukan penceramah... yg belakang my classmate..frindship forever...
ni makanan masa waktu pagi yg sempat aku habis kan kat Sutra Beach resort ni.... sungguh sedap dan enak di makan..kpd kawan yg x g.. rugi tau... kah3x... ilmu dapat.. makanan sedap..
aku bergambar di permandangan laut China Selatan.. Resort yang berhampiran dengan laut.. best betol .. indah permandangan lagi permai.,..
ni kek kecil yg kami buat masa sambutan hari lahir nini yg ke-21.. walaupun x meriah sangat tapi happy kami bersama En. Fairuz..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan