Rabu, 15 April 2009

KONvensyen Mahasiswa Negeri Sembilan- Januari 2008

makan bersama permanis IPTA lain.. besh gler.. wakaka..

ni masa pertandingan permainan tradisional kat ukm..

Konvensyen mahasiswa negeri sembilan semalaysia 2008 yang berlangsung pada 10 hingga 13 Januari 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan program yang julung-julung kali pertama diadakan untuk mahasiswa negeri sembilan seluruh IPTA semalaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh PERMANIS (Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan) Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan , Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan semua IPTA semalaysia.

Selama 4 hari 3 malam peserta dari pelbagai universiti berada di sana kami telah menyertai pelbagai aktiviti dalam program yang telah dijalankan. Antaranya ialah ‘ice-breaking’, forum pertama yang bertajuk “Prospek dan Kemajuan Belia Negeri Sembilan” yang telah disampaikan oleh Pengarah Majlis Belia Negeri Sembilan bersama pensyarah Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM. Selain itu program ramah mesra kepimpinan mahasiswa negeri sembilan turut diselitkan sepanjang program ini. Senamrobik perdana juga diadakan pada hari kedua bersama mahasiswa negeri sembilan semalaysia dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Forum kedua yang amat unik ini yang bertajuk “Adat Kebudayaan Negeri Sembilan ,Satu Warisan Sepanjang Zaman” yang telah disampaikan oleh pensyarah Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin yang merupakan pensyarah dan juga penceramah yang hebat serta merupakan salah seorang pakar adat yang terkemuka di kuala pilah, negeri sembilan. Forum ketiga pula yang bertajuk “ Daya Saing dan Keusahawanan dalam kalangan mahasiswa negeri sembilan” yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jawantankuasa Bertindak Kerja Raya dan Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan iaitu YB Dato’ Hj. Ismail Bin Lasim.

Pada malam terakhir satu aktiviti iaitu “Malam Gelanggang Mahasiswa Negeri Sembilan” telah diadakan dengan pembinaan resolusi dan perbahasan mengenai ‘Mengekonomikan belia Negeri Sembilan dan mengantarabangsakan negeri sembilan di serata dunia’ yang menekankan aspek keusahawanan, kemahiran dan pengangguran.

Pada hari terakhir merupakan aktiviti ‘Sukan Rakyat antara Universiti’ tradisi sepanjang zaman seperti permainan tradisional ‘batu seremban’,’galah panjang’, ‘tarik umpih’, ‘dam haji’ dan sebagainya. Akhir sekali merupakan makan tengahari & ramah mesra bersama Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Y.B Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan. Satu penyerahan resolusi mahasiswa negeri sembilan telah disampaikan kepada kerajaan negeri sembilan atas idea-idea resolusi yang telah dilontarkan oleh mahasiswa negeri sembilan itu sendiri semasa ‘Malam Gelanggang Aspirasi Mahasiswa Negeri Sembilan’ .

“POMANIH TOTAP DIHATI,

YANG JAUH DIINTAI,YANG DOKEK DIGAMIT.

BIAR MATI ANAK,JANGAN MATI ADAT”

1 ulasan: