Isnin, 30 November 2009

Latihan Intensif SISPA5

Pada 14-18hb.11 2009 yang lepas SISPA 5 UMT iaitu pasukan Kor Siswa siswi Pertahanan Awam UMT semester 5 telah menjalani latihan intensif JPAM selama 5 hari di sekitar UMT dan JPAM Terengganu. Antara matlamat latihan intensif ini ialah memberi latihan dan ‘refreshment’ balik ilmu yang telah dipelajari sepanjang 5 semester mengikuti KO-K SISPA…selain itu, ia juga memberi pendedahan ilmu dan pengalaman dalam karier ‘ Kepertahanan Awam’ di luar sana… program latihan intensif ini diikuti seramai 25 orang anggota SISPA 5 yang bakal mengikuti kursus ‘Bakal Pegawai’ pada 20-25hb11 nanti…

Antara aktiviti atau modul yang telah kami ikuti pada latihan intensif tersebut ialah:

  • Ikatan dan simpulan
  • MK-Memadam Kebakaran dan kawad pili bomba
  • A& D ( Ascending dan Decending) naik dan turun dari bangunan tinggi
  • Membawa mangsa di Laluan berhalangan (PC& MK& AD)
  • PC- Peralatan dalm Ambulans untuk Pertolongan Cemas dan Balutan dan ikatan untuk mangsa
  • PPPO- Pengurusan Peralatan dan Penyelenggaraan Operasi
  • Menyelamat mangsa di tempat kebakaran
  • Menyelimut dan ikatan usungan mangsa

Pelbagai ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang latihan intensif di JPAM Terengganu… terima kasih kepada para jurulatih yang terlibat dalam mengajar kami sedikit ilmu dalam ‘pertahanan awam’ yang akan kami aplikasi apabila kami menjadi pegawai kelak…

Jasmu dikenang….


ni teknik menyelamat mangsa di tempat tinggi...mcmn best x?
ni cara menggunkan chain saw untuk memotong sesuatu benda yg tajam apabila berlaku kemalangan dan kecemasan..
kami berehat sebentar sebelum menunggu giliran utk buat A&D
ni ikatan untuk mengikat dan menyelimut usungan pada mangsa...
ni teknik menyelamat mangsa di tempat kecemasan dan laluan yang berhalangan yang berbahaya..
kami sispa UMT di menara JPAM Tganu
ni teknik descending dengan menggunakan teknik normal rappealling...syok nyer....
ni teknik Ascending..naik bangunan dengan menggunkan Full Mechanical
ni sajeje.. nak test kekuatan tali selepas membuat ikatan pada tiang.. aku n hafiz...

sertailah JPAM... sekiranya berminat,... sila hubungi saya untuk keterangan lanjut...terima kasih...

1 ulasan:

  1. salam,,ni Bukan Chin Saw la dik,Chain saw buat potong pokok/ kayu,,Tu adalah hidraulic cutter,,Kapten ( B)

    BalasPadam