Rabu, 15 April 2009

KEMBARA Seri Perpatih Siri Ke2 2009 PERMANIS UKM-












Program Kembara Sri Perpatih SIRI KE-2 2009 merupakan salah satu program buat julung kali KEDUAnya diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) UKM pada 27hb januari 2009 hingga 1 februari 2009. Program Kembara Sri Perpatih 2009 ini pula telah disertai seramai 250 orang pelajar dari seluruh IPTA di Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang berasal Negeri Sembilan dan juda mahasiswa yg bukan berasal dari Negeri sembilan. Sebanyak 4 buah bas UKM, 40 motosikal konvoi, sebuah lori , 3 buah kereta UKM, 6 buah motosikal polis trafik dan sebuah ambulans Jabatan Pertahanan Awam(JPA3) telah mengikuti sepanjang dalam perjalanan Kembara Sri Perpatih 2009 ini. Program ini telah dirancang dan diatur oleh beberapa jawatankuasa induk yang telah diketuai oleh saudara Muhamad Hanapi Bin Jamaludin iaitu selaku Ketua Pengarah Program Kembara Sri Perpatih 2008 dari Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini merupakan program pengembaraan adat perpatih yang melibatkan pelbagai agensi luar dan dalam yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Program ini berjalan di sekitar seluruh daerah di negeri sembilan selama 7 hari 6 malam. Kami telah menyelami semua adat-adat perpatih yang amat unik di negeri sembilan ini dan mengikuti semua aktiviti sepanjang program kembara ini seperti demonstrasi adat, forum perdana, kem motivasi, bakti siswa dan program anak angkat.

Pada tahun ini kelainan yg dibawa kali ini adalah kami dibawa ke negeri Melaka daerah Utara Naning untuk meninjau sejauh mana adat Perpatih ini masih diamalkan dan melihat sejarah Dol Said semasa zaman dahulu...Pada kalini kami turut mempelajari demonstrasi memasak tradisional N9, mengikuti aktiviti 'mengoca' di sawah,

3 ulasan: