Isnin, 30 November 2009

Kursus Bakal Pegawai JPAM 2009 Di Alpha Bangi


Kursus ini diadakan pada 20-25hb11. 2009 di ALPHA ( Akademi Latihan Pertahanan Awam) Bangi, Selangor. Pada mulanya kursus ini sepatutnya diadakan di PULAPA Jengka (Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka) tetapi pada saat-saat akhir semasa kami bertolak ke Jengka iaitu sampai ke kawasan Dungun.. kami dimaklumkan bahawa kami ditukar ke ALPHA Bangi. Ini adalah kerana mungkin di Jengka kawasan sana hujan lebat… jadi kami bertukar ke kawasan Selangor..jauh sungguh perjalanan kami ke Bangi.. hampir separuh hari kami berada di dalam bas..yela hujan lebat yang tidak membenarkan pemandu untuk membawa laju dan kami hamper 5-6 kali berhenti di setiap perhentian…12 jam berada di bas… letih pun ada juga…tak mengapa kami kan pasukan pertahanan awam.. ‘alah bias tegal biasa’,…

Peserta kursus bakal pegawai ini terdiri daripada 34 org peserta iaitu terdiri 25 orang anggota SISPA UMT dan 9 orang anggota JPAM Negeri Terengganu..

Kursus Bakal Pegawai JPAM 2009 diadakan bertujuan memberi pendedahan dan ilmu serta kemahiran dalam kepertahanan awam kepada bakal-bakal pegawai Pertahanan Awam yang akan berkhidmat di mana- mana cawangan JPAM apabila mereka bergraduat nanti…ia penting agar dapat melahirkan bakal pegawai yang berketrampilan di samping dapat memimpin orang bawahannya di dalam sebuah organisasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia…

Antara modul yang ditekan dan diterapkan dalam kursus yang telah diikuti oleh bakal pegawai ialah:

---->Kawad kaki asas dan lanjutan

-->Kajian Kes dan simulasi mesyuarat

->Latihan dalam Kumpulan (LDK) –melatih berkomunikasi di hadapan org ramai

-->20 Ikatan dan Simpulan- asas dan lanjutan

-->Menyelimut usungan mangsa

-->Balutan, luka dan pendarahan bagi PC-pertolongan cemas

-->Pengurusan krisis

-->Pemakaian dan pangkat dalam Pertahanan Awam

--> Etika dan sahsiah pegawai

-->MKN 18.20.22 (Majlis Keselamatan Negara)

->Pengurusan Majlis Rasmi dan Praktikal

--> Latihan Ketahanan Diri- praktikal apa yang telah dipelajari sepanjang kursus

Dan pada hari terakhir kami semua diberikan ujian teori untuk menguji tahap kefahaman peserta kursus mengenai apa yang telah dipelajari…dan majlis penutup telah diadakan pada hari tersebut…sungguh sayu dan sedih apabila ingin meninggalkan ALPHA kerana seribu kenangan terpahat di sana.. di situ, aku telah belajar pelbagai ilmu dan kemahiran yang tak aku belajar di kampus… ilmu menyelamat dalam pertahanan awam byk membantu aku… mgkin kenangan bersama kawan-kawan dan VESPA ( Veteran Senior Pertahanan Awam) yang banyak membantu kami.. kenangan bersama geng SISPA, bergaduh dalam pembentangan sehingga ada org yang kecil ati ngan aku, mgkin aku berkasar semasa pembentangan kumpulan.. tetapi serius aku x berniat nak berkasar, mgkin secara x disedari aku telah menyinggung perasaan org lain… di sini aku ingin minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…mgkin aku ni bukan org yang korg suka.. aku tau dlm sispa ni ramai x suka aku…aku x macam hafiz n safwan yang korg sanjung tu..aku ni insan yang kerdil lagi hina yg tak bisa korg lihat lagi…………

aku pun gembira jugak g kursus ni.. secara tak langsung menambahkan lagi tahap disiplin aku seperti yang sebelum ni susah sangat nak cukur janggut dan nak kilatkan kasut, tapi secara x langsung aku terbiasa hari2 nak cukur janggut n kilatkan kasut.. mgkin takut kena ‘pumping’ 10kali masa waktu kawad kot…walaupun pada mulanya aku nampak Sarjan Bada amat garang.. tapi bila hari ketiga, di amat baik dgn semua peserta kursus…. Mgkin itulah pendekatan yg betul untuk dia mendidik kami semua agar lebih berdisiplin dalam setiap tindak –tanduk kita.. yela kami kan bakal pegawai..’ kalo kami x tunjuk kan contoh, sapa lagi…kalo ketua buat yang x baik, ank buah akan ikut kan’…

Sarjan Bada ni amat jaga tentang pemakanan,mengamalkan diet yang seimbang.. katanya dia x makan nasi sehari atau hanya makan waktu tengahari je.. yg lain makan buah je banyak…dalm masa 6 bulan dia boleh turunkan 15 kg.. bayangkan dari 82kg kepada 67kg… dahsyat kan.. aku pun berazam nak jadi macam dia la.. insyallah… dia pun ada ajar kami teknik senaman untuk otot dan buang lemak di perut, peha dan tempat yang sukar dikuruskan..senaman yang dia ajar mestila diikut kalo nak kurus dan manjadi badan kita sihat sepanjang hari… insyaallah…bukan ilmu pertahanan awam je aku dapat pada hari tu.. tetapi macam2 la yang x dapat diungkaikan dengan kata2…

Kesimpulannya bermacam2 telah aku pelajari ilmu dan kemahiran sepanjang kursus ini.. ilmu menyelamat mangsa, ilmu kepimpinan berorganisasi, bagaimana mengangani krisis dan permasalahan, bagaimana menguruskan majlis rasmi, ketahanan fizikal dan mental dan secara tak langsung dalam disiplin diri kita yang amat kuat, erti sebuah persahabatan dan perhubungan….kemahiran berkomunikasi dengan org ramai secara tak langsung membentuk keyakinan diri ku apabila bercakap dengan org ramai.. mgkin keyakinan ini serta kemahiran komunikasi menjadi Pengacara Majlis akan menjadi titik tolak kepada aku utk menjadi pemimpin pada masa kan dtg…bukan senang nak menjadi pemimpin….so dari sekarang kita perlu garap kan dalam diri kita… latih sedikit-demi sedikit….insyaallah…boleh…

Terima kasih yang tak terhingga kepada Tn. Juhari selaku pegawai Penyelaras SISPA UMT, JPAM Negeri Terengganu, para jurulatih ALPHA Bangi, VESPA Tganu, Pihak Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi, rakan-rakan seperjuangan SISPA 5 serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung dalam menjayakan Kursus Bakal Pegawai JPAM 2009.. semoga anda berjaya menjadi pegawai Pertahanan Awam atau menjadi apa sahaja apabila kita keluar bergraduat dari Universiti Malaysia Terengganu kelak… diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat digukan dan diaplikasikan pada masa akan dating.. insyaallah.. amin…

‘SENTIASA PANTAS BERINTEGRITI’

aktiviti pada waktu ptg.. kami berjoging dan berlari di sekitar ALPPHA, Bangi... seronok ngan bdk SISPA n Sarjan Bada

ni waktu pembentangan dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan...menyeronokkan.. membentuk keyakinan diri dalam berkomunikasi...
kami antara barisan AJK pada Pengurusan Majlis Rasmi... aku Jadi MC untuk Majlis Mkn Malam Kursus bakal Pegawai JPAM 2009...
ni bersama jurulatih kursus.. tn adenin dan tn faezie.. mereka ni pangkat abg je.. umur setahun 2 je jarak nyer.. x pela... kami SISPA mesra...
ni teknik mengangkat dan mengusung mangsa .. wah berat nya.. smpai muka kami kadi g2...
ni masa kelas ikatan dan simpulan.. kami telah belajar 20 ikatan dan simpulan.. asas dan lanjutan..
berposing dulu dalam kelas,... atiqah didepan..
sebelum nak sampai Bangi.. keadaan bdk bdk di dalam Bas JPAM...
ni waktu dalam kelas... suasana ( VESPA n SISPA)

Latihan Intensif SISPA5

Pada 14-18hb.11 2009 yang lepas SISPA 5 UMT iaitu pasukan Kor Siswa siswi Pertahanan Awam UMT semester 5 telah menjalani latihan intensif JPAM selama 5 hari di sekitar UMT dan JPAM Terengganu. Antara matlamat latihan intensif ini ialah memberi latihan dan ‘refreshment’ balik ilmu yang telah dipelajari sepanjang 5 semester mengikuti KO-K SISPA…selain itu, ia juga memberi pendedahan ilmu dan pengalaman dalam karier ‘ Kepertahanan Awam’ di luar sana… program latihan intensif ini diikuti seramai 25 orang anggota SISPA 5 yang bakal mengikuti kursus ‘Bakal Pegawai’ pada 20-25hb11 nanti…

Antara aktiviti atau modul yang telah kami ikuti pada latihan intensif tersebut ialah:

  • Ikatan dan simpulan
  • MK-Memadam Kebakaran dan kawad pili bomba
  • A& D ( Ascending dan Decending) naik dan turun dari bangunan tinggi
  • Membawa mangsa di Laluan berhalangan (PC& MK& AD)
  • PC- Peralatan dalm Ambulans untuk Pertolongan Cemas dan Balutan dan ikatan untuk mangsa
  • PPPO- Pengurusan Peralatan dan Penyelenggaraan Operasi
  • Menyelamat mangsa di tempat kebakaran
  • Menyelimut dan ikatan usungan mangsa

Pelbagai ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang latihan intensif di JPAM Terengganu… terima kasih kepada para jurulatih yang terlibat dalam mengajar kami sedikit ilmu dalam ‘pertahanan awam’ yang akan kami aplikasi apabila kami menjadi pegawai kelak…

Jasmu dikenang….


ni teknik menyelamat mangsa di tempat tinggi...mcmn best x?
ni cara menggunkan chain saw untuk memotong sesuatu benda yg tajam apabila berlaku kemalangan dan kecemasan..
kami berehat sebentar sebelum menunggu giliran utk buat A&D
ni ikatan untuk mengikat dan menyelimut usungan pada mangsa...
ni teknik menyelamat mangsa di tempat kecemasan dan laluan yang berhalangan yang berbahaya..
kami sispa UMT di menara JPAM Tganu
ni teknik descending dengan menggunakan teknik normal rappealling...syok nyer....
ni teknik Ascending..naik bangunan dengan menggunkan Full Mechanical
ni sajeje.. nak test kekuatan tali selepas membuat ikatan pada tiang.. aku n hafiz...

sertailah JPAM... sekiranya berminat,... sila hubungi saya untuk keterangan lanjut...terima kasih...

Majlis Makan Malam dan Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT (MAKEP)


Malam itu adalah malam aku…???? Malam sejuta makna di UMT

MAKEP 2009 telah diadakan pada 15hb.Novermber 2009 bersamaan hari ahad…ia diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu…MAKEP telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UMT 2009 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UMT.. Pengarah Program ialah saudari NorFadzelah Bt Mohd Zubir iaitu Exco Akademik Dan Pembangunan Insaniah MPP UMT…

Antara objektif Makan Malam & Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT ini adalah berdasarkan keprihatinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu terhadap perkembangan aktiviti badan-badan pelajar di Universiti Malaysia Terengganu dan justifikasi program ini akan memberikan pengiktirafan dan penganugerahan kepada kelab-kelab yang aktif dalam memberikan sumbangan kepada perkembangan jati diri dan modal insan mahasiswa/i Universiti Malaysia Terengganu. Selain itu, beberapa anugerah juga disediakan bagi menghargai jasa mereka yang telah berbakti dalam memastikan kelab masing-masing dapat berfungsi sepenuhnya dalam mencapai objektif kelab masing-masing.

Antara ANUGERAH yang dIPERTANDINGKAN pada malam tersebut ialah:

  1. Piala Pusingan TNC
  2. Anugerah Kelab terbaik (Kebudayaan)
  3. Anugerah Kelab terbaik (Akademik)
  4. Anugerah Kelab terbaik (Sukan & badan beruniform)
  5. Anugerah Kelab terbaik (Sosial & eksekutif)
  6. Anugerah Program Terbaik (Akademik)
  7. Anugerah Program Terbaik (Sosial)
  8. Anugerah Piala Jasa Kelab (Penasihat/Penyelaras)
  9. Anugerah Presiden Terbaik
  10. Anugerah Timbalan/Naib Presiden Terbaik
  11. Anugerah Setiausaha Terbaik
  12. Anugerah Bendahari Terbaik
  13. Anugerah AJK/Exco Terbaik
  14. Anugerah Bintang Harapan (L)
  15. Anugerah Bintang Harapan (P)

Oppsss… mengapa aku kata malam itu malam itu malam aku kerana pada malam tersebut aku telah memenangi 2 kategori iaitu:

  1. Anugerah Timbalan Presiden Kelab terbaik- Kelab Penyayang
  2. Pertandingan Menulis Esei 1 Malaysia –tempat pertama ( under Kelab Penyayang)

Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi aku menang 2 kali pada malam tersebut, yela 2 kali naik atas pentas…bersalam dengan org besar di UMT ni … syukur x terkira.. yela dah nak sem akhir ni.. ni la kenangan yang x dpt dilupakan di UMT ni..

Terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa ku, Tn Hj Rafee Bin Jusoh selaku Penasihat kelab Penyayang, Barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi serta Exco dan secretariat Kelab Penyayang UMT 2009… terima kasih kerana bagi nasihat, sokongan moral dan membantu aku sepanjang aku berkhidmat sebagai Naib Presiden 2 Kelab Penyayng UMT… tanpa korang , siapalah aku di UMT…

Tak lupa juga terima kasih kepada kawan2 aku yang mengenali aku…kawan2 MPP UMT 2009… dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam MAKEP 2009…

Jasamu dikenang,……. bergambar dengan semua Barisan Kepimpinan Kelab Penyayang UMT 2009 dan penasihat Kelab ..Tn.Hj. rafee..

aku telah menang 2 kategori... esei 1 Malaysia dan Anugerah Timbalan Presiden kelab terbaik..
bersama dengan pemenang esei 1Malaysia- tempat pertama dan ketiga...
aku bersama dengan sekretariat aku- syarif mat desa.. berkongsi kegembiraan...
aku bersama dengan 2 org penting UMT- Dr. Razali ( Pegawai ketua Pusat Ko-Kurikulum) dan Tn. hj. Rafee... ( Ketua Pegawai Belia dan Sukan UMT) -mereka penasihat kelab penyayang..
bergambar dulu dengan budak SISPA- aku, hafiz, arda, n junior..
permandangan di Masjid Kristal, taman Tamadun Islam Kuala terengganu..
aku bersama dengan Wakil Pelajar(MPP)- rodiah, hafiz, aku dan shafwan...
berposing dulu sebelum nak terima anugerah...