Rabu, 15 April 2009

KEMBARA Seri Perpatih Siri Ke2 2009 PERMANIS UKM-












Program Kembara Sri Perpatih SIRI KE-2 2009 merupakan salah satu program buat julung kali KEDUAnya diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) UKM pada 27hb januari 2009 hingga 1 februari 2009. Program Kembara Sri Perpatih 2009 ini pula telah disertai seramai 250 orang pelajar dari seluruh IPTA di Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang berasal Negeri Sembilan dan juda mahasiswa yg bukan berasal dari Negeri sembilan. Sebanyak 4 buah bas UKM, 40 motosikal konvoi, sebuah lori , 3 buah kereta UKM, 6 buah motosikal polis trafik dan sebuah ambulans Jabatan Pertahanan Awam(JPA3) telah mengikuti sepanjang dalam perjalanan Kembara Sri Perpatih 2009 ini. Program ini telah dirancang dan diatur oleh beberapa jawatankuasa induk yang telah diketuai oleh saudara Muhamad Hanapi Bin Jamaludin iaitu selaku Ketua Pengarah Program Kembara Sri Perpatih 2008 dari Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini merupakan program pengembaraan adat perpatih yang melibatkan pelbagai agensi luar dan dalam yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Program ini berjalan di sekitar seluruh daerah di negeri sembilan selama 7 hari 6 malam. Kami telah menyelami semua adat-adat perpatih yang amat unik di negeri sembilan ini dan mengikuti semua aktiviti sepanjang program kembara ini seperti demonstrasi adat, forum perdana, kem motivasi, bakti siswa dan program anak angkat.

Pada tahun ini kelainan yg dibawa kali ini adalah kami dibawa ke negeri Melaka daerah Utara Naning untuk meninjau sejauh mana adat Perpatih ini masih diamalkan dan melihat sejarah Dol Said semasa zaman dahulu...Pada kalini kami turut mempelajari demonstrasi memasak tradisional N9, mengikuti aktiviti 'mengoca' di sawah,

KONvensyen Mahasiswa Negeri Sembilan- Januari 2008

makan bersama permanis IPTA lain.. besh gler.. wakaka..

ni masa pertandingan permainan tradisional kat ukm..

Konvensyen mahasiswa negeri sembilan semalaysia 2008 yang berlangsung pada 10 hingga 13 Januari 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan program yang julung-julung kali pertama diadakan untuk mahasiswa negeri sembilan seluruh IPTA semalaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh PERMANIS (Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan) Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan , Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan semua IPTA semalaysia.

Selama 4 hari 3 malam peserta dari pelbagai universiti berada di sana kami telah menyertai pelbagai aktiviti dalam program yang telah dijalankan. Antaranya ialah ‘ice-breaking’, forum pertama yang bertajuk “Prospek dan Kemajuan Belia Negeri Sembilan” yang telah disampaikan oleh Pengarah Majlis Belia Negeri Sembilan bersama pensyarah Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM. Selain itu program ramah mesra kepimpinan mahasiswa negeri sembilan turut diselitkan sepanjang program ini. Senamrobik perdana juga diadakan pada hari kedua bersama mahasiswa negeri sembilan semalaysia dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Forum kedua yang amat unik ini yang bertajuk “Adat Kebudayaan Negeri Sembilan ,Satu Warisan Sepanjang Zaman” yang telah disampaikan oleh pensyarah Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin yang merupakan pensyarah dan juga penceramah yang hebat serta merupakan salah seorang pakar adat yang terkemuka di kuala pilah, negeri sembilan. Forum ketiga pula yang bertajuk “ Daya Saing dan Keusahawanan dalam kalangan mahasiswa negeri sembilan” yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jawantankuasa Bertindak Kerja Raya dan Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan iaitu YB Dato’ Hj. Ismail Bin Lasim.

Pada malam terakhir satu aktiviti iaitu “Malam Gelanggang Mahasiswa Negeri Sembilan” telah diadakan dengan pembinaan resolusi dan perbahasan mengenai ‘Mengekonomikan belia Negeri Sembilan dan mengantarabangsakan negeri sembilan di serata dunia’ yang menekankan aspek keusahawanan, kemahiran dan pengangguran.

Pada hari terakhir merupakan aktiviti ‘Sukan Rakyat antara Universiti’ tradisi sepanjang zaman seperti permainan tradisional ‘batu seremban’,’galah panjang’, ‘tarik umpih’, ‘dam haji’ dan sebagainya. Akhir sekali merupakan makan tengahari & ramah mesra bersama Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Y.B Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan. Satu penyerahan resolusi mahasiswa negeri sembilan telah disampaikan kepada kerajaan negeri sembilan atas idea-idea resolusi yang telah dilontarkan oleh mahasiswa negeri sembilan itu sendiri semasa ‘Malam Gelanggang Aspirasi Mahasiswa Negeri Sembilan’ .

“POMANIH TOTAP DIHATI,

YANG JAUH DIINTAI,YANG DOKEK DIGAMIT.

BIAR MATI ANAK,JANGAN MATI ADAT”

KEM PEMANTAPAN JATI DIRI MPP 08-Tasik Kenyir...Ogos 08

aku tgh nak baut flying fox ni.. cuak gak r.. walupun dh byk kali buat.. huu
kami berkayak tengah malam kul2 pagi taw... best gler.. pengalaman yg menyeronokkan... bukan calang2 org dpt merasai aktivit ni.. terutama masa tgh mlm... dh r gelap, sejuk pulak tu x terkata r oi..kat tasik kenyir...
berakit denagan laju siot...
wahh. ramainyer nak bergambar semasa aku tgh bergayut...??
aku tengah nak mengimbangkan badan... kat kayu tu...satu halangan yg wajib kitorg buat...
akhirnya kami berjaya sampai ke garisan penamat.... 'umbrella' boleh
ni masa berakit kat tasik.. kami kumpulan power.. huhu..
ni gmbr group kami kumpulan 'umbrella'- aku-wan, fer, goh,afiq,xx,simba, rodiah,nurul,radiah,shamila,akak nora, akak farhana,dan atie...
bergambar ngan sume peserta kem masa nak balik

FASILITATOR Minggu Jalinan Mesra UMT 2008

ni kami barisan fasi yg vough....
aku n nadia (Biodi) .. teman tapi mesra...
aku n nad kat belakang... ni tgh meeting

ni sesi ceramah kat dewan...
hahahaa..pose je yg lebih
ni masa post-morterm fasi yg ntah pape ntah.. tdo kul4 pagi lagi.. ngantuk tol mata...
wah ramainyer student kat dewan....sesi LDK ni...
fasi berbaju hijau malam itu..
kami barisan fasi bergamabar di dewan sultan mizan..