Pelbagai objektif dan matlamat bengkel kerjaya ini dianjurkan, antaranya ialah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dan berkerjaya pada masa akan datang untuk bersaing dengan ribuan graduan yang bakal keluar di luar sana…
Antara modul yang ditekan dan diajar pada bengkel ini ialah:
- Kaedah untuk mengenali potensi diri (bakat, nilai, minat dan keupayaan diri) dan citra diri
- Teknik berkomunikasi intrapersonal dan interpersonal dalam pergaulan dan semasa temuduga
- Membuat perubahan fikiran dalam usaha mengubah perlakuan
- Menggunakan kekuatan minda ( affirmasi dan visualisasi) dalam menghadapi suasana temuduga
- Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan akademik
- Menyediakan resume bagi siswazah ( belum berpengalaman)
- Persediaan menghadapi temuduga
- Mengahadapi temuduga secara individu dan berkumpulan
- Menyediakan diri untuk menghadapi alam pekerjaan
Diharapkan kepada semua peserta yang hadir pada bengkel tersebut dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari apabila keluar dari kampus nanti… walaupun pada bengkel tersebut terdapat insisden yang tidak diingini , tetapi kami semua dapat hadapi dengan tenang segala kekurangan dan kelemahan yang timbul..kerana bagi kami sekarang di depan mata itu hanya sedikit cabaran dan dugaan.. belum lagi di luar sana pelbagai cabaran besar yang tidak diketahui oleh kita…
semoga anda semua Berjaya kelak…. Salam perpaduan dari wan fizik…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan