Isnin, 24 Ogos 2009

kesedihan kehilangan seseorang.....

inilah gambar nenek aku sebelum sebulan ia meninggal dunia....

12 ogos 2009- ini merupakan tarikh yang sedih bagi diriku ini... nenek yang selama ini menjaga aku sejak dari kecil telah kembali ke rahmahtullah.. die meninggal pada jam 8 mlm rabu tersebut.. aku mendapat panggilan dari emak aku ttg pemergiannya.. tersentap di hatini dengan berita pemergian wan aku ni... yela aku berasa teramatsedih dan pilu yang tak terkata atas kehilangan wan aku ni... yela dari kecil dia la yg menjaga aku... dia la yg mengambil berat ttg aku n dialah segala-galanya...tak dapat ku ungkapkan betapa besarnya pengorbanannya dalam membesarkan aku sehingga aku dewasa 22 tahun ini..

namun aku redha atas ketentuan illahi kerana tuhan lebih menyanyanginya... skrg aku rasa dh xde mane nak hidup lagi.. kampung di kuala pilah itu skrg dh xde sape lagi.. atok aku pun dh meninggal n skrg nenek aku pun meninggal.. tggal endok aku dan anknya sahaja....
jadi marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadsa nenek aku..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan tuhan mengampunkan dosa-dosa NYa.... amin,....

kEnANgan PahiT Di UMT

ini kereta sewa yg telah rosak di bhgn depan...
ini kereta mangsa yg rosak di bhgn belakang


22 Ogos 2009- pada harini merupakan kenangan pahit dan terindah aku kat UMT ni... pada pagi itu aku dah sampai UMT setelah bercuti selama semggu pulang dari kampung halaman n9..
...pada ptg itu aku telah membawa kereta sewa utk g bandar K.Terengganu membeli barang keperluan dan udang sebanyak 2 kg untuk FYP final year project aku... tapi malang nya dalam perjalanan pulang setelah membeli udang di pasar payang K. Terengganu... semasa sampai di traffic light jalan sehala nak g mydin.. aku telah terlanggar kereta depan aku.. wah cuak gler aku masa tu.. yela ini lah pengalaman pertama aku kemalangan.. even pun aku dan dia tak mengalami kecederaan tapi kereta kami rosak... kereta dia kemek di bahagian belakang nya...
dah la lagi sejam nak berbuka puasa pada 1 ramadhan ni... pada 1 ramadhan tersebut.. aku tidur x lena, mandi x basah.. nak buka puasa pun makan x kenyang taw.. selepas 2 ramadhan baru lah aku berda dalam keadaan normal seperti dahulu kala..malangnya aku telah ditimpa musibah... mungkin ini adalah ujian daripada Allah S.w.t kepadaku.. aku harus terima dengan hati yg redha walaupun aku terpaksa untuk menyelesaikan masalah aku dengan membayar ganti rugi tersebut...aku x nak jadi gni .. tapi nak wat mcmn,,, benda dh nak jadi.,. dah setahun lebih aku bawak kete tapi x pernah accident.. aku kena terima ujian ini.. dh la nenek aku baru meninggal.. aku sedih sangat2... skrg aku terpaksa berjimat untuk semester ini krn aku dah pokai skrg.....
kesimpulannya... setiap benda yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....kita harus berhati2 apabila ingin melakukan sesuatu kerja.. mungkin ini kesilapan aku...mungkin lepasni aku perlu berwaspada setiap tindak-tanduk aku...

ramadhan pada tahun ni mmg banyak dugaan dan cobaaan....