Sabtu, 6 Jun 2009
Balik Kampung & Pergi Jemputan Perkahwinanan Kawan
aku g jemapoh rumah aku.. g kenduri perkahwinan kawan aku masa form6 tms dulu... nama kawan aku ni fazilawati atau nama panggilannye amoi..
>>> aku sampai rumah die jam 1.30 ptg, wani kawan aku bawak aku ke rumah amoi..
sampai je rumah amoi,. tgk ramai jgk r org kat c2...
... trus je aku salam kawan aku.. so mcm reunion la kat c2.. shamsul, sherza, mawi, nafim hakim, ecah, dan lain lagi.. terharu jgk bile dpt jumpa kawn lama.. yela masa last kitorg jumpa tahun 2006 form6...bayangkan.. c ecah pun dh mengandung... nmpak nyer kitorg ni dh nak pangkat bapak n ibu r ni...
.. lepas ni sorg2 nak kahwin...
???? persoalannya... bila lah turn aku pulak?? mgkin jodoh xde lagi.. nak buat mcmn....
oppsss... mengapa aku berkata g2??? dh gatal sgt sgt ke ni?? uhhhh xde la... umur pun dh nak meningkat....bulan depan aku nak masuk 22 tahun.. tahun depan baru habis belaja grad,,... tapi
keje belum lagi....kalo tggu keje 2 3 tahun nak simpan duit dulu mahu nak dekat 30 baru leh kahwin...nmpaknya... sabar je la batin ku ini... hahahahaha.. bak kata org penantian suatu penyeksaan??? betol kah??? biar batin ku terseksa namun diriku bahagia... ahaks...
luahan rasa seorang teruna yang kesepian menanti teman yang kehausan.. ahks...
....
Selasa, 2 Jun 2009
LI??? Latihan Industri 09

xlama lagi aku nak balik kampus UMT ..
nampaknyer.. lagi 5 minggu lagi.. UMT aku akan tiba pada 10Julai ni...
rindu pada kawan2 yang mengenali diri ini...
kat PPUM ni best tau,.... aku ditempatkan di UNit Fizik Perubatan ...
di unit fizik ni..
setiap bulan aku ditempatkan di 3 bahagian utama ,iaitu::
1.Pengimejan BioPerubatan (Radiologi)
2.Perubatan Nuklear
3.UNit Onkologi
Banyak ilmu yang telah aku pelajari dr fizik perubatan ini terutamanya
dalam pengendalian mesin instrumentasi hospital seperti
1. Computed Radiologi & Digitak Radiology
2. Mammagraphy
3.Angiografi
4.Fluoroskopi
5.Ultrasoud
6. MRI
7. Ct scan
8. Pacs
yg kat atas sumer ini di bahagian radiologi,
dalam peralatan tersebut, aku telah mengenali fungsi teknikal dan fungsi klinikal bagi setiap instrumentasiklinikal tersebut...
selain penggunaannya, kita mesti tau perlindungan sinaran::
.....pemonitoran sinaran dan sebagainya...serta QA & QC bagi jaminan kualiti m4esin tersebut,,,
aku juga telah belajar pengiraan dos radiasi kawasan dan kepada pesakit.....
seronok nyer,...
aku telah belajar cara kominikasi dengan orang ramai terutama kepada Juru Xray,doktor n staf staf di hospital PPUM ini.. ada jugak anntaranya mcm susah ckit nak bagi kerjasama... tapi jgn r give up... sabar je r... LI mesti diteruskan nye... setiap manusia banyak ragam...
terima kasih juga kepada penyelia aku di PPUM .. Cik Sharizan selaku Pegawai Sains Fizik di PPUM yang byk membantu dalam LI aku...
kalo korang nak tau rupenya Penyelia aku ni merupakan kawn baik semasa mereka blaja di UM ,kepada pensyarah aku di UMT..iaitu Dr. Mohd Ikmar Nizam Ketua jabatan Sains Fzk UMT...
cuak gak aku,.. mereka saling mengenali antara satu sma lain....
so aku kena bukti kan yg aku boleh buat....
.>>>>> sekarang semasa aku LI di PPUM aku tinggal di rumah pak long aku di bndr Sunway...
terima kssih kepada Paklong aku sekeluarga kerana membenarkan aku tinggal dengannya untuk 3 bulan ini...
Jasa mu dikenang... hanya tuhan je yg dapat membalasnyer...
>>>>
sekarang aku LI dapat kawn baru iaitu>>> Sharida dari USm -Program Sinaran Perubatan dan Syuhada dari UItm shah Alam (Program Fizik Gunaan)...
kami bertiga menjadi sahabat yang baik di PPum ni .....terima kasih juga kepada mereka kerana banyak membantu dlm praktikal aku disini...
<<<<>
>>>>>>inilah coretan aku buat harini... soriek x letak gambar di sini... nanti balik UMT bulan 7 ni aku letak buat tatapan semua....hohoho..
Rabu, 15 April 2009
KEMBARA Seri Perpatih Siri Ke2 2009 PERMANIS UKM-








Program Kembara Sri Perpatih SIRI KE-2 2009 merupakan salah satu program buat julung kali KEDUAnya diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) UKM pada 27hb januari 2009 hingga 1 februari 2009. Program Kembara Sri Perpatih 2009 ini pula telah disertai seramai 250 orang pelajar dari seluruh IPTA di Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang berasal Negeri Sembilan dan juda mahasiswa yg bukan berasal dari Negeri sembilan. Sebanyak 4 buah bas UKM, 40 motosikal konvoi, sebuah lori , 3 buah kereta UKM, 6 buah motosikal polis trafik dan sebuah ambulans Jabatan Pertahanan Awam(JPA3) telah mengikuti sepanjang dalam perjalanan Kembara Sri Perpatih 2009 ini. Program ini telah dirancang dan diatur oleh beberapa jawatankuasa induk yang telah diketuai oleh saudara Muhamad Hanapi Bin Jamaludin iaitu selaku Ketua Pengarah Program Kembara Sri Perpatih 2008 dari Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program ini merupakan program pengembaraan adat perpatih yang melibatkan pelbagai agensi luar dan dalam yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Program ini berjalan di sekitar seluruh daerah di negeri sembilan selama 7 hari 6 malam. Kami telah menyelami semua adat-adat perpatih yang amat unik di negeri sembilan ini dan mengikuti semua aktiviti sepanjang program kembara ini seperti demonstrasi adat, forum perdana, kem motivasi, bakti siswa dan program anak angkat.
Pada tahun ini kelainan yg dibawa kali ini adalah kami dibawa ke negeri Melaka daerah Utara Naning untuk meninjau sejauh mana adat Perpatih ini masih diamalkan dan melihat sejarah Dol Said semasa zaman dahulu...Pada kalini kami turut mempelajari demonstrasi memasak tradisional N9, mengikuti aktiviti 'mengoca' di sawah,
KONvensyen Mahasiswa Negeri Sembilan- Januari 2008
ni masa pertandingan permainan tradisional kat ukm..Konvensyen mahasiswa negeri sembilan semalaysia 2008 yang berlangsung pada 10 hingga 13 Januari 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan program yang julung-julung kali pertama diadakan untuk mahasiswa negeri sembilan seluruh IPTA semalaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh PERMANIS (Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan) Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan , Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan semua IPTA semalaysia.
Selama 4 hari 3 malam peserta dari pelbagai universiti berada di sana kami telah menyertai pelbagai aktiviti dalam program yang telah dijalankan. Antaranya ialah ‘ice-breaking’, forum pertama yang bertajuk “Prospek dan Kemajuan Belia Negeri Sembilan” yang telah disampaikan oleh Pengarah Majlis Belia Negeri Sembilan bersama pensyarah Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM. Selain itu program ramah mesra kepimpinan mahasiswa negeri sembilan turut diselitkan sepanjang program ini. Senamrobik perdana juga diadakan pada hari kedua bersama mahasiswa negeri sembilan semalaysia dengan pelajar Universiti Kebangsaan
Pada malam terakhir satu aktiviti iaitu “Malam Gelanggang Mahasiswa Negeri Sembilan” telah diadakan dengan pembinaan resolusi dan perbahasan mengenai ‘Mengekonomikan belia Negeri Sembilan dan mengantarabangsakan negeri sembilan di serata dunia’ yang menekankan aspek keusahawanan, kemahiran dan pengangguran.
Pada hari terakhir merupakan aktiviti ‘Sukan Rakyat antara Universiti’ tradisi sepanjang zaman seperti permainan tradisional ‘batu seremban’,’galah panjang’, ‘tarik umpih’, ‘dam haji’ dan sebagainya. Akhir sekali merupakan makan tengahari & ramah mesra bersama Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Y.B Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan. Satu penyerahan resolusi mahasiswa negeri sembilan telah disampaikan kepada kerajaan negeri sembilan atas idea-idea resolusi yang telah dilontarkan oleh mahasiswa negeri sembilan itu sendiri semasa ‘Malam Gelanggang Aspirasi Mahasiswa Negeri Sembilan’ .
“POMANIH TOTAP DIHATI,
YANG JAUH DIINTAI,YANG DOKEK DIGAMIT.
BIAR MATI ANAK,JANGAN MATI ADAT”

bersama ngan menteri besar negeri sembilan...

