Rabu, 16 September 2009

Program aku masuk paper la!!!! hehheheh...


terima kasih kak farah- sinar harian

Selasa, 15 September 2009

Program 'Sedetik Bersama Seabad Terasa' Kelab Penyayang 09

12 september 2009 (sabtu)- sekali lagi aku merupakan Pengarah Program yang bertindak utnuk merancang dan mengendalikan program sebegini iaitu program wajib bagi kelab penyayang iaitu.. Program Lawatan Berkal ' Sedetik Bersama Seabad Terasa' buat kali ke-3 yang telah aku buat.. alhamdulilah program untuk kalini berjalan dengan lancar dan jayanya hasil kerjsama dari semua AJK aku iaitu sekretariat lawatan berkala iaitu kepada :
> atiqah -timbalan pengarah,...aisha- setiausaha,,,syaza-bendahari, syarif- AJK Publisiti,, Uswatun- AJK Pengangkutan....

terima kasih kepada anda semua yang banyak membantu dalm menjayakan program ini.,,,
untuk program pada bulan 9 ini,, penyertaaan para peserta iaitu ahli baru amat menggalakkan sehingga peserta yang dtg pada kali pertama taklimat sehingga mencapai 200 orang sedangkan kami hanya mahukan 40 shj...

aktiviti kalini bermuala dari jam 5ptg dari UMT sehingga jam 11 malam...
sampai sahaja di rumah ank yatim darul falah, terus saja diambil gambar oleh kak farah surat khabar sinar harian...
jam 7.10 malam.. majlis buka puasa beramai-ramai bersama-sama dengan pelajar UMT, adik ank yatim darul falah, dan pelajar kolej Poly tech Mara KL,.. selepas tu.. kami semua solat maghrib,isyak dan terawih secara berjemaah di surau berdekatan..
dan akhir sekali kami buat sesi suai kenal antara pelajar UMT dan adik-adik darul falaah sebelum kami pulanag ke UMT...

untuk lawatan pada kalini, aktiviti kami adalah terhad saja kerana bulan puasa dan adik2 letih krn byk kunjungan dari pelawat lain dtg ke rumah mereka..
insyallah lawatn pada bulan 10 nanti yg telah dirancang oelh AJK kami akan buat yang terbaik dan pastikan semua org akan terlibat secara langsung dlm lawatan tersbut... amin....


ni masa baru sampai di rumah ank yatim darul falah...
gmbr beramai-ramai bersama pelajar UMT di dewan makan darul falah,,

AJK kami- syaza sedanag sibuk membasuh pinggan mangkuk di bilik basuh
ni AJK aku syarif n kawannya shahir di meja makan...

aku bersama dengan seorang adik yg x kurang comel nya,,
bergambar bersama pelajar KPTM KL>>
sesi bersalaman antara adik2 dengan pelajar UMT... terasa kesediahan di hati mereka...

majlis pemakaian pangkat SISPA dan majlis buka puasa UMT 09

13september 09- (ahad)- suatu majlis pemakaian pangkat untuk badan beruniform SISPA atau dikenali sebagai Siswa-Siswi Pertahanan Awam UNiversiti Malaysia Terengganu telah diadakan bagi anggota SISPA 3 dan SISPa 5 .. kenaikan pangkat ini diberikan mengikut kategori seperti semester 3 dan semester 5... seandainya SISPA 5 telah habis.. meraka akan diserap ke kursus bakal pegawai yang akan bakl ditauliahkan anggota tersebut dengan pangkat Leftenan Muda...
maka dengan itu,, semasa anggota tersebut berada di semasa di semester akhir atau smester enam ... mereka akan menjadi separa pegawai di unit berunifrom tersebut.. ( arahan Bernama)..

majlis pemakaiann pangkat inia telah diadakwan di Dewan Sultan Mizan UMT.. alhamdulilah upacara ini selesai juga... dan anggota dari badan beruniform lain seperti PAlapes, Suksis dan wataniah tutur hadir bagi menyaksikan majlis pemakaian pangkat ini...

dan pada petang itu juga diadakan majlis berbuka puasa peringkat UMT di perkarangan kolej kediaman fasa 1 UMT.. wah sungguh ramai yang hadir pada majlis tersebut... ramadhan pada kalini merupakan ramdhan yang terakhir di UMT kerana ini merupakan tahun akhir aku...

terima kasih semua...











majlis berbuka puasa KeMafiz 2009


14 septmber 09-(ISNIN) kelab mahasiswa fizik telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan semua warga fzik UMT terutama kepada semua pensyarah, staf dan pelajar tahun 1-3 fizik UMT DI medan kuliah 12 Fakulti Sains Dan teknologi UMT...alhamdulilah pada ramadhan yg ke22 kalini kami dapat berkumpul bersama-ssama dengan semua warga sains fizik UMT dlam majlis berbuka puasa ini tidak kira samada melayu atau bukan melayu.. yg penting adalah hubungan silatulrahim dan kerjasama yg terjalin...
walau bagaimanapun dengan kekangan dan halangan yang telah hadapi.. akhirnya program ini dapat diteruskan oleh pengarah program iaitu saudari AFifah ,EXco kerohanian dan kebajikan KEMAFIZ 09...
erm,,,,.. pada kalini merupakan ramadhan terkahir di umt... Banyak kenangan dan pengalaman terindah semasa aku berada di UMT.. sdih rasanyer,...


Ahad, 6 September 2009

knp dengan aku ni>>

ni kawan kelas aku... masa di LAb Institut Oseanografi (INOS) UMT


salam ukhuwah semua pelawat...
aku disini sajeje nak tulis kat blog ni.....

nntah r aku tension sgt ngan belakangan ni.. td baru je presentation proposal final year project (FYP) aku...aku kecewa sgt.. kena tembak ngan lecturer,... takut nyer final year ni.. betul kata senior dulu.. tahun paling genting ialah nak siapkan PITA ni.. kalo ambil subjek lain kita just study je ..walaupun test susah ke.. tapi kalo study insyaaalh leh jawab... tapi ni project kalo x berjaya x leh grad tau.. even kita dpt A untuk subjek lain...

aku doa agar aku dapat siap dengan jaya nya sehingga semester akhir tahun depan... kerana ini merupakan tahun akhir aku kat UMT ni.. aku nak grad tahun depan...aku x nak hampakan harapan keluargaku,...

skrg aku kena fokus untuk lebih tekun study n untuk FYP aku,...ya Allah tolong lah aku...berikanlah aku sumber kekuatan, ketenangan dan jalan untuk aku teruskan perjuangan ini...

yela mungkin cara aku sebelum ini hanya belajar last minit n x fokuskan sesuatu.. baru skrg aku sedar akan kesilapan dan kelemahan aku skrg.... aku ni alpa n lupa siapa diri ku sebenarnya,...

dalam kesibukan aku ini,,, aku masih giat dlama aktiviti berpersatuan iaitu kelab penyayang....

yela kawan aku yg lain, xde r mcm aku.. masa diorg cukup je.. aku 24jam mmg xcukup.. ngan study lagi.. ngan FYP lagi... owh tidak... ngan program kelab lagi...

program terdekat pada minggu ialah " PROGRAM Lawatan Berkala Sedetik Bersama Seabad Bersama' ke rumah anak yatim Darul Falah Marang.....pada 12hb9 2009 hari sabtu dari 2ptg hgga 10mlm.. ada aktiviti LDK n majlis buka puasa, solat terawih berjemaah bersama TNC Hepa n ank yatim n pelajar UMT sekali...

td jam 10.30 mlm aku baru je balik dr perjumpaan kat kafe Kusza UMT... bak bagi taklimat kat peserta yg telah mendaftarkan diri ke program ini.. massyaalah... program kami kalini terlalu mendapat sambutan...sampai nak dekat 200 org yang dtg ke perjumpaan td.. tak terlayan aku nak layan mereka.. tapi dengan rasa tanggungjawab aku teruskan juga.. kebanyakan semua bdk 1st year.. jadi aku sambut mereka dengan layanan yg baik...
dlm taklimat itu, aku perkenalkan Kelab Penyayang UMT...then kenalkan AJK lawatan berkala, then apa objektif lawatan berkala perlu dibuat... selain itu.,..ucapkan terima kasih krn memberi sokongan ke atas kelab kami dan penyertaan yang amat menggalakan pada kalini.,..selalunya nak cari peserta susah jugak.. tapi kalini melebihi had yang dikehendaki... sampai ada yg merayu nak pergi lagi.. tapi aku adjust kan kata bulan 10 akan buat lagi.. untuk majlis hari raya bersamaa ank yatim...ermm...

mmg seronok wat program... 1st 1st mmg r cuak n byk kelemahan tapi dh kali kedua n seterusnya mmg sgt ok...ermmm......ni lawatan berkala kali 3 untuk semester ni yg telah aku buat untuk kelab penyayang...
mmg mcmc2 telah aku belajar dlm masuk pelbagai kelab n persatuan ini...dapat input yg berguna.. mcmcn nak uruskan organisasi.. cara untuk menjadi pemimpin... berkomunikasi dengan org atasan seperti pegawai n org ternama n org bawahan kita,.... yang penting kita kerjasama dalam melakukan sesuatu tugas...segala pahit dan manis dalam kehidupan di UMT akan bersemadi di hatku,,, insyaallah akan aku praktikkan untuk ke dlam dunia pekerjaan nanti...amin...
betul kata upin dan ipin.. ;'apa yang penting.. kerjasama'/....betul3x...

aku nak muhasabah diriku...mmg banyak kelemahan n kekurangan yang ada pada diriku.. mmg betul.. sesungguhnya 'manusiaa mmg x sempurna'....

jadi doakan aku semoga aku berjaya dalam hidup n menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti... amin..

sekian,,, salam ramadhan dari saya...ramadhan ke17.. lagi 12 hari nak raya.. maaf zahir dan batin kepada yg mengenali diriku ini....

Isnin, 31 Ogos 2009

salam satu malaysia 09...


Selamat hari merdeka 2009

Wah harini dah 52 tahun ulang tahun hari kemerdekaan Negara kita Malaysia… sempena dengan tema 1Malaysia ini kita haruslah tanamkan satu keazaman untuk mengecapi kejayaan…kepada semua rakyat Malaysia kita haruslah bersyukur atas kemerdekaan Negara kita kerana kita tidak lagi dijajah seperti masyarakat dahulu yang derita diseksa dalam keadaan yang zalim lagi hina….

Wahai anak Malaysia…bangkitlah, bukalah matamu.. pertahankan lah Negara kita yang tercinta ini agar kita dapat mengekalkan kemerdekaan negera kita malaysia agar tidak dijajah oleh penjajah luar…

Tetapi…adakah pemikiran kita sekarang dijajah??? kita renungkanlah sosial ank muda pada harini....

Isnin, 24 Ogos 2009

kesedihan kehilangan seseorang.....

inilah gambar nenek aku sebelum sebulan ia meninggal dunia....

12 ogos 2009- ini merupakan tarikh yang sedih bagi diriku ini... nenek yang selama ini menjaga aku sejak dari kecil telah kembali ke rahmahtullah.. die meninggal pada jam 8 mlm rabu tersebut.. aku mendapat panggilan dari emak aku ttg pemergiannya.. tersentap di hatini dengan berita pemergian wan aku ni... yela aku berasa teramatsedih dan pilu yang tak terkata atas kehilangan wan aku ni... yela dari kecil dia la yg menjaga aku... dia la yg mengambil berat ttg aku n dialah segala-galanya...tak dapat ku ungkapkan betapa besarnya pengorbanannya dalam membesarkan aku sehingga aku dewasa 22 tahun ini..

namun aku redha atas ketentuan illahi kerana tuhan lebih menyanyanginya... skrg aku rasa dh xde mane nak hidup lagi.. kampung di kuala pilah itu skrg dh xde sape lagi.. atok aku pun dh meninggal n skrg nenek aku pun meninggal.. tggal endok aku dan anknya sahaja....
jadi marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadsa nenek aku..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan tuhan mengampunkan dosa-dosa NYa.... amin,....